Thursday, February 7, 2013

IP Address


Pengenalan

Alamat IP (Internet Protocol Address) adalah suatu nombor unik yg digunakan oleh peranti sebagai pengenalan dan untuk berkomunikas antara satu sama lain di dalam satu rangkaian komputer yg menggunakan piawaian Protokol Internet (IP). Kesemua peranti berkaitan - seperti router, komputer, server, printer dan sesetengah telefon boleh mempunyai alamat IP sejagat unik.

Alamat IP dicipta dan diuruskan oleh IANA. IANA bertanggungjawab bagi menyelaras Internet Protokol sistem global yang digunakan untuk laluan trafik Internet.

Pengguna mendapat alamat IP dari pembekal perkhidmatan Internet (Internet Service Protocol - ISP).
ISP mendapatkan peruntukan alamat IP dari pejabat pendaftaran Internet tempatan (Local Internet Registry - LIR ) atau National Internet Registry (NIR), atau dari Registry Internet yang bersesuaian Serantau (Regional Internet Registry - RIR ). Oleh kerana IP tidak mudah diingati, Sistem Nama Domain (Domain Name System - DNS) menyediakan keupayaan menukar nama domain (cth www.google.com) kepada IP (74.125.135.100)

Versi IP

IP versi 4 (IPv4)
IPv4 menggunakan alamat 32-bit (4 bait), yang menghadkan ruang alamat kepada 4,294,967,296 (232) alamat unik. Piawaian IPv4 boleh dikelaskan kepada lima iaitu: A, B, C, D dan E. Hanya kelas A, B dan C sahaja yang biasanya digunakan. Manakala yang lain disimpan untuk untuk tujuan khas. 
contoh: 192.168.1.1

IP versi 6 (IPv6)
Disebabkan alamat IPv4 dikhuatiri habis tidak lama lagi, piawaian IPv6 sedang giat dijalankan. Alamat IPv6 adalah sepanjang 128 bit (16 bait), yang akan memberikan 2128, atau kira-kira 3.403 × 1038 alamat unik. Ini difikirkan cukup untuk tempoh yang lama.
Contoh: 2001:0db8:85a3:08d3:1319:8a2e:0370:7334


My First Posting


Sekarang Saya menjadi Pelajar KISMEC (Kedah Industrial Skills and Management Development Center) bagi kursus Network Security dalam program INSEP (Industrial Skills Enhancement Programme).
Diharap disini saya dapat menjana lebih ilmu pengetahuan didalam bidang IT khususnya bidang Networking.